Tuesday, 25 December 2012

_putus Tunang_

memang betol dan sangat betol..
xkan ada sesiapa mampu mencintai kau sebaik aku lakukan
dan saat itu kau akan terfikirkan 
betapa beruntungnya kau dulu
dan betapa bodohnya kau menghampakan
dan membiarkan manusia yang mahukan kasih syg ini
diperkotak katikkan..

Wednesday, 5 December 2012

aku dan kamu harus matang

apa yg kita nak.. xselalu kita dapat
apa yg mau kita buat x semua kita mampu laksanakan
oleh itu,. kita terima takdir tuhan...
kita bentuk akal yang gemilang
insyaAllah akan terbilang.. :)

Sunday, 21 October 2012

~~ adam ku ~~

cinta...
kau hadir tanpa aku undang
dan kau pergi tanpa aku rancang
adakah ia bertahan dlm kecundang?

ingin sayang kamu utk seumur hidup
andai tuhan itu telah menetapkan takdir..
kamu lah adam ku :)

Tuesday, 2 October 2012

senyuman mu 1 azimat

Alhamdulillah..hubungan aku dan tunang aku semakin baik. insyaAllah semakin pulih. Semoga Tuhan panjangkan usia jodoh kami. Semoga Tuhan satukan kami & jauhkan kami dari panas api neraka. ameen.

untuk menjadi yang terbaik, kita harus bekorban. namun mampukah sehingga tekorban?

dendam x kan surut andai tindakan lepas tidak di mulakan dengan minta maaf. tidak sama sekali.

bawalah aku kedalam redhamu YA ALLAH.

Tuesday, 25 September 2012

senyuman

wah...agak lama x menaip..
sooo bz lately.. but i miss nk menaip ni..

malam ni isu tentang SENYUM..

teringat mcm mana melayan seorg perempuan kerek dgn senyuman.. akhirnya dia tersenyum juga. senyum ni pengubat jiwa lara. walau hati berkecamuk resah tapi dengan mengukir senyum kita boleh jadi riang. Senyum ni free jek kita nak buat.. dan senyum ni sedekah. sungguh murah rezeki Tuhan itu kan?


Wednesday, 19 September 2012

~~~ pergi...pergi..pergi..


tadi duk dengar lagu ni dalam kereta...tergelak2 sorang2 sbb lirik dia mmg mcm situasi aku..
hahaha... tp ape pun aku mls nk pk dah.. biarkanlah mereka.. 
nak halang pun x guna kalo mereka yang menginginkannya begitu.. kan?

owh puisi cinta ~~~~~

malam ni... aku disakiti lagi
nak menangis x berdaya.. hanya tersenyum tanda menerima
sebab segalanya aku dah duga permainan mereka...

Tuhanku, aku tahu kau lah pemerintah yang adil
tutupkanlah pintu hati ini dari terus sakit, dan menyayangi insan
yang hanya tahu untuk menyakiti

Tuhanku, berikan aku kekuatan... berikan aku kekuatan 
untuk terus meneroka hari esok
kekuatan mu adalah yg terbaik untukku

senyum seindah suria yang membawa cahya
senyum lah dari hati.. dunia mu bersemi...

Tuesday, 18 September 2012

dont know y........

malam ni hati sedikit girang... xtau sebab...xtau knp..

tp asik ulang dengar lagu KU PILIH HATIMU tu jek.. dan mood aku ceria lain mcm..
mungkin juga org sebelah sana ceria kot.. dont know...

baru lepas tengok adam dan hawa... of course la my Aaron Aziz yg tarik daku ke dalam cerita tu. huhuhu.... 

miss my adik2... ape entah dorang tengah buat... 

miss u 2 dear.. apa abg tengah buat?

miss kwn2 jugak.. apa yg korang ngah buat?

td TERnampak gambar2 lama ... adoi sentap hati mak nak...
bila lah kau boleh hilang dari hati aku.. aku dah berhenti mencintai..

cinta itu dah hilang... yg tinggal hanya sayang...
aku hanya cinta dia sorang... namun setiap kali tengok wall die.. 
seperti masih ada sesuatu perasaan yang tersembunyi..
xtau apa itu...

but the most important thing... IM HAPPY TO NIGHT... ;)

cinta sampai mati

Untuk mu SHAHRIZAN BIN SABRI..
walaupun tanpa kau tahu...
aku akan terus mencintai ...



untuk meneruskan sgt pahit kan syg? aku titipkan ini untuk mengigatkan hati aku yang aku pernah sgt2 mencintai kamu.. andai 1 hari semua itu telah hilang dariku.. :)
Membutuhkan hati yang kuat untuk mencintai, tapi membutuhkan hati yang lebih kuat untuk mencintai setelah Anda disakiti.

betol kah? memamg betul.. wanita sangat mudah tersentuh hatinya.. oleh itu, belai dan ffahamilah mereka.. mereka xsuka di tipu... dalam apa juga hal.. berterus terang lah.. dlm apa juga situasi bermusyawarahlah. kerana wanita sgt menghormati lelaki yang pandai menjaga tutur kata nya didepan wanita itu dan dibelakang wanita itu..

this is my feberet love song :)

13.09.2012

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HERO....................


boleh dikatakan first time jugak la sambut birthday hero dlm keluarga kami ni. selalu mama akan masak jek.. tapi kali nie dia yang kena masak..hahaha

berpakat adik beradik.. kami tepungkan die.. kami telorkan die..kami basahkan die.. tapi saat tu x terakam kat hp pulak.. sbb adinda ku tu lah.. xsave kot bila dah ambil gamba tu...

awal2 tu takot jugak die marah.. tapi sgt sporting rupanya adik aku ini.. hehehe.. dia senyum jek bila dah kne telo..dah kne tepung tu...

belikan die kek... alhamdulillah... dia suka.. :) dan kami adik beradik senyum sampai telinga.. huhuhuhuhu... 

_bagaikan Langit_

aku sgt2 suka dgn lagu nie... dari dulu lagi... xtau nape.. maybe sbb music dia kot.. yummy rasa kenyang jek bila dengooo... hahahah... (sorry sengal tahap unta)

Hari ini bukan utk mengulang dosa dan maksiat semalam.. tapi untuk menjadikan hari ini serta hari esok lebih BERMAKNA. :)

_ bAiK_

yup... itu adalah sangat betol.. 

namun untuk jadi orang yang baik, kita perlu bentuk hati dgn cara yang baik
hati lah raja.. hati lah firaun..
so untuk jadi baik bukan semudah yang kita cakap.. bukan sesenang yang kita lihat
kerana kebaikan selalu terselindung... kejahatan juga yang selalu terpampang d depan mata. 
sampai bila menilai kebaikan dalam keburukan?
atau sampai bila meninggalkan kebaikan untuk keburukan?

ahhhgg mesti kalo org baca dorang sume penin dgn apa yang aku type ni..

syukur

dalam diam... syukur dipohon..

sabar lah hati.. percaya janji Tuhan pada mu. kalau hari ini kau sakit kerana dikhianati, pasti esok kau akan sembuh dan happy. kerana janji Tuhan itu adalah PASTI.

SABAR sgt senang disebut tapi terlalu susah untuk dilaksanakan. Namun sebagai manusia, itulah sebaik2nya. agar kita sendri x terjatuh dalam kegopohan diri sendiri.

aku x dilahirkan dengan kesabaran yang menggunung. Namun hari ini, hati ini masih sabar untuk kuat dan belajar untuk hidup sendiri.

Monday, 17 September 2012

p.o.n.a.t sgt eyhh

Hati penat sgt.... 

mood : nak tidor... xlengkap bila x menaip. nk type lebih2 kat FB xboleh.. 

sepanjang balik dr terengganu td.. jalan jem gila.. bila sampai toll karak ke genting sempah.. terus rasa menyampah. 

alhamdulillah, xda lak eksiden.. cuma ujan tu adalah tp xlebat. ada lak kereta tu nk racing ngan gelbe.. mentang2 ppuan bawak..nk tunjuk terer... mls aku nk layan ko...

balik kg sbb nk tenangkan pikiran.. lari dari masalah kota. tp benda yang paling menyedihkan bila my 3pupu dah kembali ke rahmatullah 15hb Sepetember 2012 sbb kecelakaan ditempat kerja. tertimbus tanah sedalam 1 meter. sedih sbb arwah seorg kwn yang baik dan penyayang. abang yg memahami. kesian adik arwah, trauma sbb dia nampk sendri kejadian tu depan mata.
kami ahli keluarga lagi lah sedih sbb arwah merupakan saudara yg baik.. moga arwah di tempatkan dikalangan mereka yang beriman. ameen.

kalau hati itu mati...
hidupkan dengan zikrullah..
kalo diri itu sangsi..
berserahlah pd Allah...

menyayangi seseorang mungkin mudah..
namun untuk mencintai seseorang bukan kerja mudah..
i always love u syg.. i hope u rasa smua tu. ameen.

pulang

mode : melonjak2 nak balik KL..

mood : sedey bila nampak jek KL kat depan mata.... Ya Tuhan, sgt rindukan dia. namun aku x berdaya. lemah gemalai membawa hati yg sedih.. pilu mengigati segala apa yg terjadi.

haih... xnk pk.. tp terpaksa pikir. malas pk tp terlintas jugak... Tuhan ku, berikan aku jalan mu agar aku terus kuat untuk smua yg terjadi ini. 

Thursday, 13 September 2012

BACKSPACE

nak taip tanpa huna guanguna guna BAN BACKSPACE. saja meniru salah seorang blogger yang seorang tu. macam besg besh pun ada sebab kita boleh latih diri kita untuk cuba ber terima apa yang cuba kita tulis. alamak ada jugak salahnya. huhuhu 

dalam perhubungan semestinya masing-masing mahukan yang terbaik., kalo kalau no boleh di(salah da) semuanya harus baik. tapi jangan lah sesekali bermain dengan cinta. kerana cinta itu anugrah ilahi yang s xsemua orang mampu memilikunya memilikinya. 

sesaat kau datang


sebetolnya, beliau sgt sukakan lagu nie.. kalo dlm kereta ada pendrif lagu ni jek yang dia duk pasang. dan of course lah aku yg selalu bising sbb asik ulang dengar lagu yang dah leh hafal lirik dia.

Ameen


Ya Allah, Kau kuatkan aku. Jauhi lah aku dari mereka yang xpantas menyakiti ku. Kau kurniakan lah aku kekuatan luar biasa dalam menempuh cabaran mu. Ya Allah, Jgn lah kau palingkan aku dari keputusan ku. Sesungguhnya keputusan ku ini bakal membahagiakan semua orang. termasuk diri ku. Ameen.

ingat tak?

Jiwa ni sgt terbeban
sangat sakit dan menghiris perasaan
sayang, ketahuilah keadaan
cinta dan perasaan dah lama bersarang
hanya untuk mu seorang
datanglah pada ku bersama kenangan
dan kenangkan semua kegembiraan
pasti dirimu gembira tak kepalang
kerana hati kita hanya dipisah tembok keegooan
kenapa mesti terus bertahan dalam kepalsuan?
gembirakah melihat senyumanku terlakar kelesuan?
merindu mu saban waktu dengan penuh penantian.




abang... jangan sesekali lupa sejarah perkenalan <3

21.1.2011

tadi terjumpa ni kat FB... 21.1.2011..


merinduinyer...aum3 ^_^
171Like · 

tega kah?

Di dalam hati yang menyayangi
Pasti ada jiwa yang pernah disakiti

Dalam jiwa yang penuh membenci
pasti wujud cinta yang berbaki

mengapa tega abg menyakiti ma?
mengapa tega abg membelakangi ma?
mengapa tega abg mendustai ma?

dalam hati yang membenci
berharap muncul suria kembali
dalam hati yang rawan ini
masih kuat cinta yang bersemi

masih mahu kau disisi
walau mulut bicara penuh sangsi
masih mahu kamu kembali
walau hati pernah dilukai

MISS U

saya sedih hari ni... saya rindu dia, terlalu rindukan dia. walau apa je yg pernah sy lalui dgn dia yg menyakitkan ia xpernah patahkan semangat sy untuk terus cintakan dia. tp dia x tahu kot. dia xpernah tau kot yang dia adalah segalanya bagi saya. dan sy tao sy bukan siapa-siapa bagi dia. dialah tunang sy, penglipur lara saya. x ada dia dunia sy sunyi..

tapi sy tahu, saya xkn mampu bersama dia. terlalu banyak yg menghalang. sbb sunyilah sy mula menulis blog. kalo tak time ni mesti sy sedang msg2 dgn dia dan baca bebelan dia kat saya sbb sy x suka mandi awal2. tu kekurangan saya. bila sy mandi, sy terus nk tidur. sedangkan hati nak msg dgn dia. tp x dapat buat pape skrg. dia diam seribu bahasa. dan saya pula xnk teruskan. sbb sy dah PENAT.


Wednesday, 12 September 2012

QQ


hye..this is me... look really ned dgn spek ni kan? hahahha saje begaye mcm budak sket,, kate bloger... hopefully blog ni leh hiburkan hatiku.. hati mu dan hati mereka :)

awak... fahami lah

kalo dia mendengar, ini untuk dia.. maafkan sy x sempurna mencintai awk.. sy xminta semua ini, tapi sy hanya manusia.. tolong la mengerti sy juga.. saya hanya insan yang memerlukan kasih dan bimbingan awk, tapi kenapa siksaan ini yang awk berikan pada sy? terlukanya saya awk.. sy sedang cuba kuat untuk hidup tanpa awk. 

~ SAYANG ~

kalo dia boleh membaca penulisan aku ini... ini yang aku rasa.. ini yang aku nk dia tau...




~ rasa SAYANG & BENCI ~

Aku masih menyayangi kerana cinta ini masih ada. Namun sampai bila? masih mengharap kerana dalam hidup ini aku hanya punya dia. Tapi dia x percaya, aku sudah kuburkan cinta lama. Hanya kerana silap ku bertemu yg lama dia terus-terusan membedil ku. aku masih menyayangi kerana selama ini aku hanya pada dia aku gantungkan harapan. Aku masih menyayangi kerana masih sedar dgn status diri.



Namun terkadang hati ini rawan dan MEMBENCI, kenapa dia tega melenyapkan sebuah janji. kenapa dia tega menyakiti sebuah hati yang sgt menyayangi dirinya? Adakah kerana aku ini bukan siapa2 atau aku ini hanya tempat dia melepaskan sedihnya? Kenapa kematangan itu lambat di kurniakan dalam dirinya? kenapa mesti dia bersikap kebudak-budakan? kenapa dia mesti menyakiti hati yang sgt mencintai dia ini?

hanya ALLAH S.W.T sahaja yg mengetahuinya.